Nabi Zakaria,
ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya,
saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah
orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum
agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap
betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus
ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan
meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjuntukan pimpinannya
atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan
kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan
perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah- gunakan
hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu
selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak
kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya
dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya
semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai
anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat
untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada
sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki
kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula
berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut
dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu
malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta
memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan
khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia
dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan
mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan
pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku
nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku
tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku,
tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku
adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala
kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman
memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar
gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh
yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri
dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi." Berkata
Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri
adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut
usianya."
Allah menjawab
dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku.
Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama
sekali?"
Berkata
Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah
mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali
dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah
diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin
Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi
ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang
berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia
terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun
beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan
badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh
kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat,
sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki
keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan
tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan
kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia selalu
menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan
sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan,
kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana
Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki
"Yahya Pembaptis".
Dikisahkan
bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya
sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan
ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan
seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana
perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar
di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana
orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi
dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan
bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang
perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi
fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia
berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi
bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya
Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik
daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu.
Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat
ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan
kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia
melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia
menjawab: "Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu
permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini.
Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah
mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga
di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya
hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan
permintaanku ini". Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya
oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon
isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan
mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sehatnya. Demikianlah maka
tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan
diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan
puas hati bahawa hasratnya membalas dendam
terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi
rencana perkawinannya telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan
laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang
Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2
sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah
Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.
0 komentar:
Post a Comment